Tentang Kami
Takziah Poster Generator adalah tool percuma yang direka untuk membantu masyarakat Malaysia membuat poster takziah dengan mudah, pantas, dan profesional.
Kenapa Kami Wujud
Apabila kematian berlaku, otak tak dapat berfungsi dengan baik. Namun, pengumuman takziah perlu dibuat dengan segera. Tidak semua orang mempunyai kemahiran reka bentuk atau akses kepada perisian seperti Canva atau Photoshop. Jadi, di sinilah takziah.com berfungsi.
Misi kami: Memudahkan sesiapa sahaja untuk mencipta poster takziah yang bermartabat dan profesional dalam masa beberapa minit, tanpa perlu kemahiran teknikal atau bayaran sebarang.
Masalah Yang Kami Selesaikan
Kebanyakan cara untuk membuat poster takziah memerlukan:
- Kemahiran reka bentuk grafik
- Perisian berbayar atau pendaftaran akaun
- Masa yang lama untuk belajar dan menyiapkan
- Cetakan dari kedai cetak yang mahal
Dengan Takziah Poster Generator, anda hanya perlu:
- Isi maklumat asas
- Muat naik gambar (pilihan)
- Muat turun poster siap dalam format berkualiti tinggi
Nilai-Nilai Kami
Teknologi
Takziah Poster Generator dibina menggunakan teknologi web moden yang memproses segala-galanya di pelayar anda (client-side). Ini bermakna:
- Maklumat dan gambar anda tidak dimuat naik ke mana-mana server
- Alat berfungsi dengan pantas tanpa perlu sambungan internet yang kuat
- Privasi anda terjamin sepenuhnya
Komitmen Kami
Kami komited untuk:
- Mengekalkan perkhidmatan ini percuma selamanya
- Menambah baik ciri berdasarkan maklum balas pengguna
- Menghormati privasi dan data pengguna
- Menyediakan panduan yang berguna tentang adab takziah Islam
Maklum balas anda penting! Jika anda mempunyai cadangan atau menghadapi sebarang masalah, sila hubungi kami melalui halaman Hubungi Kami.